Lampu Bayi Kuning
Lampu bayi kuning ataupun phototherapy ini amat mudah dikendalikan sendiri di rumah.
Bayi akan dipakaikan dengan baby-suit yang dibekalkan dan seterusnya bayi akan diletakkan di atas permukaan plastik phototherapy ini. Ibu/bapa cuma perlu menekan button ON untuk memulakan sesi.
Bayi tidak perlu ditutup mata seperti kebanyakan lampu bayi kuning konvensional yang lain kerana lampu bayi kuning ini cahayanya datang dari bahagian bawah.
Bayi akan merasa lebih selesa kerana baby-suit ini membuatkan bayi merasa seperti didakap dan matanya juga tidak perlu ditutup.
Ibu yang baru lepas melahirkan anak juga akan merasa lebih selesa kerana tidak perlu melakukan banyak pergerakan memandangkan lampu bayi kuning ini diletakkan di sisi ibu di atas katil. Ia juga sesuai untuk diletakkan di dalam baby cot.
Kadar cahaya lampu bayi kuning ini tidak perlu dilaraskan kerana ia telah ditetapkan iaitu 400 – 550 nm.
Kami mempunyai lebih 200 testimoni yang menunjukkan result yang positif selepas menggunakan lampu bayi kuning ini. Ramai dari mereka merasa lega kerana tidak lagi perlu berulang-alik ke hospital.
Ibu / bapa tidak perlu risau kerana lampu bayi kuning ini mendapat pengiktirafan ISO 13485 :2003, ISO 9001:2008 dan ICE 60601-01.