1. Berapa bacaan yang sesuai utk bayi saya menggunakan home phototherapy?
Anda perlu mendapatkan bacaan kuning @ TSB yg terkini di klinik berdekatan terlebih dulu. Tidak semua bacaan kuning perlu on phototherapy. Sila dptkan saranan doktor terlebih dahulu.
2. Berapa lamakah tempoh penghantaran akan dilakukan?
Penghantaran akan dilakukan dalam tempoh 3 jam selepas pengesahan pesanan dilakukan melalui call/WhatsApp
3. Adakah cahaya tidak memberi kesan kepada mata bayi memandangkan phototherapy bilibed ini tidak penutup mata bayi?
Cahaya phototherapy bilibed cuma cover keseluruhan badan baby. Ia tidak termasuk bahagian kepala bayi terutama mata.
4. Adakah phototherapy ini berkesan menurunkan paras kuning bayi saya?
Intensity phototherapy kami sama dengan lampu atas bawah (double lamp). Kuning bayi kebiasaannya akan turun seawal 3 jam -20 jam selepas penggunaan phototherapy seperti yang disarankan (bergantung pada bayi)
5. Adakah bayi saya akan berasa selesa sepanjang sesi phototherapy dijalankan?
Kebanyakan bayi yang menggunakan phototherapy Bilibed akan berasa selesa sepanjang sesi phototherapy kerana bayi tidak perlu dibogelkan dan matanya juga tidak perlu ditutup.
6. Adakah bayi saya berisiko terkena arus elektrik?
Tidak. Ini kerana tiada wayar elektrik pada baby suit yang dibekalkan. Cahaya datang dari phototherapy dan bukan dari baby suit.
7. Apakah fungsi baby suit yang dibekalkan?
Fungsi baby suit yg dibekalkan ialah utk memastikan cahaya fokus kepada badan bayi dan juga memberi keselesaan pada bayi
8. Adakah phototherapy bilibed dari Biliblue home phototherapy ini selamat?
Phototherapy bilibed telah diguna secara meluas di seluruh dunia. Phototherapy bilibed dari syarikat kami mendapat kelulusan KKM (Medical Device authority) dan juga ISO13485
9. Adakah anda menyediakan alat pengesan jaundice untuk disewakan?
Tidak. Kami tidak lagi menyediakan khidmat penyewaan alat pengesan jaundice memandangkan bacaannya yang kurang tepat. Bayi perlu dibawa ke klinik secara berkala utk mengetahui bacaan kuning baby yg terkini.
10. Adakah bayi saya berisiko untuk dehidrasi (kekurangan air) apabila menggunakan phototherapy?
Bayi anda tidak akan mengalami dehidrasi jika dia menyusu dengan baik iaitu setiap sejam setengah. Namun, bagi bayi yang mempunyai paras kuning yang tinggi, disarankan ibu untuk memberi bayi minum perahan susu badan supaya ibu dapat menyukat kuantiti susu yang diminum bayi.